Friday 14 March 2014

Jodoh Itu Rahsia (Bahagian2)♥



15Mac2014

Fatimah terkocoh-koch menuju ke kelas. tangannya penuh dengan buku-buku latihan pelajarnya. dia sudah lewat. akibat terlalu sibuk dengan mengurus jadual belajarnya sebentar tadi, dia hampir terlupa bahawa dia harus menghadiri kelas Tingkatan 5.

dia membelok melepasi dinding. tiba-tiba tubuhnya terlanggar seseorang sehingga dia tertolak ke balakang. buku-bukunya terjatuh. berselerak di atas lantai..

Fatimah : Allah!
Firdaus : Allah! maafkan saya. saya tak nampak cikgu tadi..
Fatimah : eh, tak mengapa. saya yang jalan tak tengok-tengok tadi.

Fatimah terkocoh-kocoh mengutip buku-bukunya yang bersepah di atas lantai. dia turut dibantu oleh Cikgu Firdaus. terasa malu pula apabila dilihat oleh pelajar lain. fatimah bangun, begitu juga dengan Cikgu Firdaus.

Firdaus: boleh ke cikgu bawa semua buku-buku ni sendiri?
Fatimah : insyaAllah boleh
Firdaus: cikgu tak mahu saya tolong ke? banyak ni bukunya..
Fatimah : eh, tak mengapa cikgu. lagipula kelas saya depan tu je. tak jauh pun. insyaAllah. saya boleh
Firdaus: oh kalau macam tu tak mengapalah. hati-hati cikgu, jangan sampai jatuh lagi
Fatimah : iya cikgu. maaf ya terlanggar cikgu tadi
Firdaus: tak mengapa cikgu. tak luka mana pun.

Cikgu Firdaus ketawa. fatimah hanya tersenyum kecil. dia memohon diri untuk pergi. memandangkan pelajar-pelajarnya telah pun menunggunya di luar kelas. fatimah melangkah masuk ke dalam kelas.

Fatimah : assalamualaikum semua!
murid-murid: waalaikumsalam warohmatllah wabarakatuh cikgu!
Fatimah : maaf saya lambat sikit
Fuad: lambat sikit? lambat banyak ni cikgu...
Fatimah : alah, maaflah. yang penting saya dah ada di sini kan..
Rosli: cikgu lambat sebab dating dengan Cikgu Firdaus kat luar kelas tadi kan?
Fatimah: eh, kamu ni merepek aja.. mana ada
Misya: yalah tu cikgu.. muka cikgu merah kenapa??

fatimah memegang mukanya. merah ke? soalnya sendiri. pelajar-pelajarnya hanya ketawa..

Fatimah : hish, mana ada. kamu ni nak mengenakan saya pula ya
Misya: alah cikgu kalau iya pun apa salahnya.. semua orang dah tahu dah...
Fatimah: eh? tahu apa pula ni?
Fuad: tahulah yang cikgu dengan Cikgu Firdaus tu memang ada hubungan..
murid-murid: Ooooo cikgu!!!

kelas itu menjadi riuh seketika. fatimah beristighfar. cepat betul berita sebegini tersebar.

Fatimah : eh sudah.. tak baik menuduh..
Rosli: cikgu! tak baik tipu!
Fatimah: Rosli.. kamu nak saya potong markah periksa kamu ke?
Rosli : alah, yalah cikgu..

fatimah tersenyum sendiri... ada kalanya dia merasakan bahawa ada satu getaran yang terbit.. saat lelaki bernama Firdaus itu berada dekat dengannya..


No comments:

Post a Comment