15Mac2014
dia memandang ke luar jendela surau.... surau yang agak luas itu dikelilingi dengan jendela-jendela moden yang berukiran cantik.
sesusuk tubuh lelaki yang bersongkok benar-benar menggetarkan hatinya. dia terus memandang lelaki itu di sebalik hijab yang menutupi dirinya... dia berbisik sendiri...
tiba-tiba bahunya disentuh lembut.. dia tersentak.. lantas menoleh... seorang sahabt sekelasnya tersenyum kepadanya...
" ukhty tengok apa di luar?" soal Fatimah lembut dan penuh pengertian. namun gadis itu hanya menunduk dan menggeleng.
" Tiada apa-apa... hanya mengamati keindahan ciptaan Allah" balas gadis itu cuba menyelindungi perasaannya.. Fatimah meninjau ke luar jendela..
" sungguh indah ciptaan Allah itu sehingga membuatkan hati anti bergetar" ujar Fatimah sambil tersenyum manis. fahamlah dia kini bahawa sahabat di hadapannya itu sedang dilamun perasaan yang sinonim dialami oleh para belia..
" na'am ukhty... dia membuatkan ana terpegun... kesolehannya membuatkan ana terpana.. subhanallah... adakah ana sudah jatuh hati pada dia ukhty?" soal gadis itu.
Fatimah hanya tersenyum. dia cukup memahami situasi gadis di hadapannya itu.
" ukhty, Hamka pernah mengatakan.. cinta itu adil sifatnya. tidak pernah memilih antara yang kaya atau yang miskin. yang hina atau yang mulia... tidak pernah memilih di antara raja dengan hamba... anti sekarang sedang mengalami salah satu nikmat kurniaan Allah" jelas Fatimah.
gadis itu tersenyum. lantas dia mengerling seketika kepada lelaki yang masih berada di luar surau.
" adakah ana patut memberitahunya ukhty?" soal gadis itu. fatimah tersenyum.
" ukhty, perasaan cinta itu mulia sifatnya. peliharalah kemuliaannya dengan memohon kepada Allah agar dia merupakan Imammu di hari esok" ujar Fatimah.
" syukran akhty" balas gadis itu.
duhai sahabat ana yang ana sayangi sekalian. menjangkau umur remaja. kita mula diperkenalkan dengan CINTA... yang dimulakan dengan SUKA.. bahkan perasaan ini sudah pun merayap di dalam hati manusia sejak kecil lagi...
duhai sahabat, peliharalah cinta itu..
usahlah diluahkan dahulu, tetapi berdoalah kepada Allah agar dia menjadi pasanganmu di hari esok... kerana cinta yang diiringi kasih Allah adalah cinta yang INDAH...
No comments:
Post a Comment