Monday 24 March 2014

Cerpen 6: Demi Cinta-NYA (Part-1)



24Mac2014




“Sodaqollahuladzim..”
Ada titisan airmata yang menitik di mushaf suci miliknya. Dia mengesat tubir mata yang sudah mula pecah empangannya. Mushaf suci,kalam cinta Tuhannya pada hamba-hamba-NYA dicium dengan penuh rasa syahdu. Ada sendu yang berlagu. Mushaf itu dipeluknya, erat sekali. Perlahan-lahan dia meletakkan mushaf suci itu di atas meja belajarnya. Belum sempat dia membuka telekungnya, sakitnya menyerang lagi.
“Allah, Allah, Allah. Ya Allah, kuatkan aku,”
Rintihannya berlagu. Dia memejamkan matanya. Rapat. Erat. Peluh mula merintik. Dia menahan kesakitan yang dialaminya sendiri. Hanya alunan zikrullah yang membuat dirinya bertahan. Dia berpegang pada kalimah,
“Lahawlawalaquwwataillabillah..”
Tiada kekuatan lain selain kekuatan-NYA!
Mukanya mulai pucat. Dengan berengsot, dia menuju ke katil. Memegang erat kaki katil untuk bangun. Dengan lafaz bismillah, akhirnya dia berjaya. Lantas, air zam-zam yang sentiasa diletakkan di kepala katil diteguknya. Terketar-ketar jari-jemarinya. Bibirnya bergetar membaca basmalah dan selawat. Dia memegang kepalanya yang berdenyut. Dalam menahan kesakitan yang amat dahsyat, dia kembali teringat peristiwa yang sudah empat bulan berlalu.
“Syazwan, Husna mintak maaf. Kita tak boleh teruskan hubungan nih. Maafkan Husna, halalkan segala-galanya,”
Pilu hatinya tatkala melafazkan kata itu. Syazwan segera memalingkan wajahnya. Husna menunduk. Sungguh, dia tidak mampu menentang pandangan mata pemuda yang sudah berjaya menarik perhatiannya dan mencuri hatinya.
“Limaza? Kenapa Husna? Bukankah kita sudah bincang? Insya'Allah, bulan depan kita akan kahwin. Jangan bercanda Hafizah Husna!”
Ada nada kesal pada suara itu. Hurun menarik nafas. Dia tidak betah berlama-lama di situ.
“Maafkan Hurun Syazwan. Maafkan Husna,”
Hanya itu yang mampu dia lafazkan. Syazwan berdiri membelakanginya. Bayu pantai menghembus lembut menampar pipinya. Dingin bayu menyejukkan suasana. Kanak-kanak riang bermain di gigi laut. Orang ramai bergelak ketawa. Tapi tidak bagi Syazwan Amin. Hatinya rawan.
“Husna sudah ada pilihan hati lain? Siapa dia?”
Soalan yang dilontarkan serta-merta membuatkan dia mendongak pantas. Kelu lidahnya. Sayu hatinya mendengar suara Syazwan yang kecewa. Namun, apakan daya. Jalan ini yang dia pilih.
“Syazwan Amin, maafkan Husna. Tolong jangan tanya apa-apa lagi. Husna tak sanggup Syazwan. Tolong maafkan Husna. Husna doakan Syazwan jumpa dengan bidadari yang Syazwan idamkan. Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama. Maafkan Hurun,Syazwan..”
Untuk pertama kali dia menangis di hadapan lelaki. Ya,selama ini dia bertegas dengan prinsipnya.
Hafizah Husna, gadis yang sangat mementingkan prinsip dalam hidupnya. Kalam hidupnya, Cinta Itu Fitrah,Ilmu Itu Amanah!”
Bukan senang baginya untuk jatuh cinta. Namun, hadirnya insan bernama Syazwan Amin mengetuk pintu hatinya. Tatkala indah nikmat kasih yang dikecapi, tatkala sudah ada restu dari kedua-dua belah pihak, Sang Ilahi mengujinya lagi.
Minggu lepas, sewaktu dia sedang beriadah bersama-sama teman usrahnya, tiba-tiba dia berasa pening. Namun, dia gagahkan jua. Sudah lama dia sakit kepala. Namun, dia biarkan sahaja. Mungkin sakitnya biasa-biasa sahaja. Itu fikirnya. Tapi, sejak kebelakangan ini, makin kerap ia menyerang. Badannya juga cepat letih dan lesu.
“Husna, ukhty okay tak? Muka ukhty nampak pucat sangat. Sakitkah?”
Hilmiyyah. Teman sebiliknya yang sentiasa ada di sisinya. Dia tersenyum,payah. Kesakitan yang dirasakan,dia cuba sembunyikan.
“Ana okay, takde ape. Letih sikit aje,”
Sebagai sahabat, dia tidak mahu Hilmiyyah risau tentangnya.
“Jom beriadah!”
Walaupun sakit di kepalanya semakin terasa,namun disebabkan dia tidak mahu mengalah, dia gagahkan jua. Tapi, takdir Allah terlebih dahulu merencana. Tiga langkah bermula, dirinya mula tumbang.
“Husnaa!!!!!!!!!”
Laungan Hilmiyyah menjadi santapan terakhir halwa telinganya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Subhanallah! Indahnya! Di mana aku?”
Dia berjalan mengelilingi taman indah itu.
“Taman Raudhahkah ini?”
Dia bermonolog dalam hati. Keindahan taman itu mengurangkan kesakitan yang dia rasakan. Malah, dia terkejut sebenarnya. Pakaian yang dia kenakan sungguh indah! Dia terasa seperti di syurga! Namun, dia tahu semua itu tidak mungkin berlaku. Dia asyik menikmati keindahan taman. Matanya dipejam rapat, mengamati udara segar yang dihirupnya.
“Assalamualaikum, Ya Hafizah Husna,”
Dia mendengar salam dari seorang wanita. Dia kaget! Lantas, dia berpaling ke belakang. Tiada sesiapa di belakangnya. Dia kehairanan.
“Assalamualaikum, Ya Hafizah Husna,”
Suara itu bergema lagi. Namun, kelibat empunya suara masih tidak kelihatan. Dia mula rasa takut. Peluh di dahi semakin menghujani.
“Jangan takut wahai bidadari. Jawablah salamku wahai wanita syurga,”
Dia memandang ke arah sekeliling. Masih mencari arah suara. Namun, hampa. Kelibatnya masih tidak kelihatan.
“Waalaikumussalam warahmatullah. Siapa enti?”
Terketar-ketar dia bersuara. Sungguh, dia takut sekali. Manakan tidak, dia kini berada di tempat yang begitu asing baginya.
“Ana, Ainul Mardhiah,”
Seakan dia dapat rasakan hembusan nafas yang begitu hampir di telinganya. Lantas, dia berpaling ke belakang. Betapa kaget dirinya tatkala melihat seorang wanita berpakaian serba putih, indah berkilauan begitu hampir dengan dirinya.
“Astaghfirullah! Subhanallah!”
Dia mengurut-urut dadanya. Sungguh dia terkejut. Wanita itu tersenyum padanya.
“Asif jidan Ya Hafizah Husna,”
Dia menundukkan sedikit kepalanya tanda memohon maaf. Hafizah Husna kembali mendapat semangatnya. Sebenarnya, dalam pada dia terkejut sebenarnya dia juga sangat teruja. Wajah wanita di hadapannya itu sungguh cantik! Belum pernah dia melihat wanita secantik itu.
“Siapa kamu?”
Dia kembali bertanya pada wanita di hadapannya. Wanita itu tersenyum. Dia menarik seraya menggenggam tangan Hafizah Husna. Terkejut Hurun Ain tatkala tangannya bersentuhan dengan tangan wanita tersebut. Sejuk!
“Ana, temanmu ya ukhty,”
Senyumannya tidak pernah lekang.
Teman? Dia musykil. Dia tidak pernah punya sahabat bernama Ainul Mardhiah.
Asif Ya ukhty. Tapi seingat ana, ana tidak punya teman bernama Ainul Mardhiah. Ukhty salah orangkah?”
Dia bertanya lembut. Wanita itu memandang ke arahnya. Senyumannya begitu mendamaikan jiwa. Tiba-tiba sahaja Hurun merasakan kesakitan yang dia alami hilang begitu sahaja.
“Ana,penghulu bidadari syurga,”
Tatkala mendengar ucapan itu, genggaman yang erat serta-merta dilepaskan oleh Hurun. Dia benar-benar kaget! Dia menggeleng-geleng.
“Masha-Allah, tidak mungkin,”
Dia menidakkan.
“Ya ukhty, la takhof. Jangan takut. Ana bukan syaitan. Ana juga ciptaan-NYA. Ini semua kuasa-NYA. DIA berhak menentukan apa yang DIA kehendaki. Kunfayakun, ini takdirmu. Ini jalan-NYA untukmu,”
Lembut tutur bicaranya memampan ke halwa telinganya.
“Tapi…tapi…Bagaimana? Mengapa ana?”
Ainul Mardhiah mendekatinya. Senyuman yang menghiasi wajahnya tidak lekang. Tangan Hurun Ain kembali diraih. Kali ini genggamannya semakin erat.
“Kunfayakun. Ini takdirmu. Hafizah Husna,salah satu bidadari syurga. Ya Hurun Ain, dirimu insan terpilih. Tuhan Maha Mengetahui hikmahnya. Hurun, Allah itu Maha Mengetahui. Dirimu; perhiasan duniawi dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. MSyazwana-Allah, Segala Puji Bagi-NYA, DIA telah banyak mengujimu bukan? Mengujimu dengan tidak putus-putus sehinggakan dirimu sudah tersungkur berdarah. Namun, keteguhan imanmu terhadap-NYA tidak pernah luntur. Sehinggakan aku, bidadari syurga mencemburui keimananmu yang teguh terhadap-NYA. Kau persis Rabiah Al-Adawiyah. Cintanya hanya untuk Illahnya. Tatkala cinta seorang pemuda mula mampir, kau memutuskan ikatan itu. Sehinggalah dirimu bertemu sang pemuda yang ikhlas mencintaimu kerana Allah, yang mengajakmu terus membina Baitul Muslim. Namun, DIA mengujimu lagi bukan?”
“Mengujiku lagi? Apa maksudmu?”
Sungguh, dia tidak mengerti. Ya, memang benar apa yang diucapkan Ainul Mardhiah padanya. Tidak lama lagi dia akan membina Baitul Muslim bersama seorang pemuda soleh yang mencintainya kerana Allah. InshaAllah. Tapi, Tuhan hendak mengujinya lagi? Ujian apa lagi kali ini?
“Tenang Ya Hurun Ain. Ana tahu, ukhty seorang yang kuat kecintaannya terhadap Allah. Kuatlah dalam menghadapi ujian-NYA. Sesunggunya DIA amat-amat mencintaimu wahai Bidadari. Percaya dan yakinlah akan-NYA. Semoga Allah merahmatimu. Ana asif ya ukhty. Sudah tidak punya ruang untuk berbicara panjang. Teguhkan keimananmu walau apa jua berlaku! Lahawlawalaquwwataillabillah! Ana harus pergi. Uhibbukifillah,”
Ainul Mardhiah memeluk erat tubuhnya. Subhanallah, serta-merta dia merasakan ketenangan yang amat sangat sehingga dia begitu asyik dengan pelukan itu. Namun, apabila matanya dibuka Ainul Mardhiah sudah tiada!
Dia terpinga-pinga. Tiba-tiba sahaja tubuhnya berasa lemah yang teramat sangat.
“Jangan pergi! Jangan pergi!”
Dia menjerit lantas menangis.
Humairah kaget dengan jeritan halus Hurun Ain. Ada titisan airmata di tubir mata sahabatnya. Dia turut menangis.
“Husna, ini Hilmiyyah,”
Dia berbisik pada sahabat yang dikasihinya dunia akhirat.
“Husna, buka mata sayang,”
Dia mengusap lembut kepala sahabatnya itu. Namun, Hurun Ain masih tidak sedar. Hanya airmata yang mengalir di pipinya. Humairah hanya mampu menangis.
** bersambung **

No comments:

Post a Comment