Friday 14 March 2014

:')



15Mac2014
bismillahiraahmanirrahim... 

Alhamdulillah akhirnya diberi keizinan dan idea untuk menulis lagi dalam blog ini... insya'Allah.. apa yang cuba ana sampaikan mungkin kelihatan remeh, mungkin kelihatan enteng, tetapi di satu sudut yang tersembunyi, ia merupakan satu perkara yang amat penting.. 

A : awak kenapa awak tak letak gambar sebenar awak sebagai profil picture? 

bukan sekali, malah berkali-kali aku diajukan dengan soalan yang sedemikian rupa.. malah aku semakin kehabisan jawapan untuk menjawab semua soalan ini..

duhai sahabat, rasanya perlukah aku menayangkan diriku di khalayak ramai? rasanya cukuplah aku dikenali oleh teman-teman dan orang yang dekat denganku sahaja..

kerana ketika aku meletakkan gambar sebenarku di laman sosial, yang melihatku bukan hanya sahabat yang tinggal di malaysia, malah juga di luar negara.. muslim mahupun bukan.. 

pernah aku cuba untuk meletakkan gambar sebenarku di laman sosial.. tetapi semua itu aku hentikan apabila : 

A : comelnya awak...
A : nak kenal awak boleh?
A : waaahh melting saya tengok gambar awak..
A : awak nampak muslimah sangat..
A : awak nampak solehah..

semua kata-kata ini membuatkan aku menjadi takut.. membuatkan aku bimbang dengan diriku sendiri..

pabila aku meletakkan gambar lain... ada yang bertanya..

A: kenapa awak tak letak pic sendiri? muka awak tak cantik eh?

pernah sekali aku diajukan soalan seperti ini. subhanallah. rasanya semua ciptaan Allah itu indah dan cantik.. oleh sebab itu harus aku pelihara ia sebaik mungkin.. kerana itulah hadiah dari Allah buat diriku dan buat semua hambaNya.. 

sahabat.. maaf jika engkau tertanya tentang siapa aku... bagaimana aku.. kerana aku masih belum sedia untuk menunjukkan siapa aku.. insyaAllah jika ada rezeki.. kita akan bertemu ..

No comments:

Post a Comment