15Mac2014
fatimah duduk di bangku keseorangan... dia menoleh ke kanan dan kirinya... tangannya bermain-main di atas pangkuannya... dia melepaskan keluhannya dari dalam...
dilihat ke kanannya, kelihatan teman-temannya sedang berbual riang bersama pasangan mereka. dia kembali menunduk...
" adakah tiada lelaki yang suka padaku?" soalnya sendiri. dia mengeluh berat... melepaskan sebuku perasaan yang sukar digambarkan... tiba-tiba bahunya disentuh lembut dan seorang gadis duduk di sampingnya.
" assalamualaikum ukhty..." tegur gadis itu sambil tersenyum..
" waalaikumsalam ukhty..." balasnya. dia berusaha untuk tersenyum. namun dirasakan hambar.
" limaza ukhty? anti kelihatannya sugul sekali... ada masalah kah?" soal gadis itu sambil memegang tangannya. dirasakan satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke dalam sanubarinya...
" tiada apa-apa ukhty.." balasnya cuba menyembunyikan sesuatu.
" jangan bersembunyi dengan ana, ukhty. ceritalah... in shaa Allah ana dapat membantumu" ujar gadis itu dengan lembut. hatinya bagai terpaut untuk menceritakan hal sebenarnya.
" ukhty, adakah muslimah seperti ana tidak layak untuk dicintai atai mencintai?" soal Fatimah sambil menunduk. gadis itu ternyata hanya tersenyum.
"Hamka ada mengatakan, Cinta itu adil sifatnya. Allah tidak membezakannya samada bagi raja dengan orang yang meminta-minta, tidak menyisihkan orang kaya dan orang miskin, orang hina dan orang mulia, bahkan kadangkala tiada berbeza bagi bangsa dan bangsa" lembut sekali gadis itu bermadah.
" tetapi ukhty..." Fatimah cuba berkata. tangannya dipegang lembut.
" ukhty, muslimah itu ibarat epal. epal yang terbaik berada di bahagian paling atas sebatang pohon. dan lelaki tidak mahu mengambilnya kerana takut terjatuh, maka mereka hanya mengambil yang bawah sedangkan keelokan epal di bawah tidak setanding epal di atas, tetapi kerana mudah. hanya lelaki yang berani yang mahu mengambil epal di atas, itulah dia lelaki yang beriman dan bertaqwa... bersabarlah ukhty.. teguhlah menjadi seorang muslimah yang solehah" ujar gadis itu dengan lembut
fatimah tersentak. kata-katanya benar-benar mencuri perasaannya. dia menangis. fatimah merangkul tubuh gadis itu
" syukran ukhty..." bisiknya.
duhai ukhty yang ana sayangi dan cintai sekalian.. indahnya dirimu ketika berada dalam tirai perlindunganNya.. mulianya dirimu tatkala berada dalam kasih sayangNya.. bersabarlah duhai ukhty kerana cinta itu milik Allah, dan DIA pasti akan mengurniakannya buatmua dalam nikmat dan redhaNya..
No comments:
Post a Comment