Monday 24 March 2014

Cerpen 6: Demi Cinta-NYA (Part-3)






24Mac2014
“Ya Allah! Husna!!!!!!”
Jeritan lantang Hilmiyyah memecahkan suasana.
“Hilmiyyah kenapa??”
Kak Asrar berlari ke arahnya.
“Ya Allah!! Husna!!”
Kak Asrar sendiri kaget melihat sekujur tubuh yang masih bertelekung kaku di atas hamparan sejadah. Mushaf Al-Quran erat dalam pelukannya.
“Telefon ambulans!! Cepat!!!”
Kak Asrar memberikan arahan. Humairah bergegas keluar untuk menelefon ambulans. Airmatanya tidak berhenti mengalir.
“Allahuakbar, Allahuakbar. Husna, kenapa dengan kamu nih Husna? Allahurabbi, ujian apa lagi untuk hamba-Mu ini Ya Allah? Husna, bangun sayang,bangun,”
Rintih suara Kak Asrar pagi itu. Dia memangku jasad yang terkulai layu. Mushaf masih dalam genggamannya. Pucat lesi muka Hafizah Husna di pangkuannya. Airmata Kak Asrar merembes keluar; seakan tidak mahu berhenti.
“Doktor! Your patient , Hafizah Husna is unconscious! She is dying!”
Suara jururawat menambahkan debaran di dadanya.
“I’m on my way! Tell Doctor Fakrul to handle first! Kejap lagi saya sampai!” 
Tegas dia memberikan arahan. Syazwan hanya berdiam diri. Rayyan memandang ke arah Syazwan dan foto yang masih di tangannya.
“Ada kes? Takpe, nanti kita jumpa lagi,” 
Syazwan tersenyum ke arahnya. Namun, dia tidak mampu membalasnya. Kasihan sahabatnya itu. Dia tidak mengerti apa-apa. Dia bangun lantas menarik tangan Syazwan.
“Eh? Kenapa?”
Syazwan kehairanan.
“Kau kena ikut aku! Wajib!”
Tegas suaranya mengeluarkan kata-kata.
Di hospital, suasana sayu menyelubungi diri masing-masing. Rayyan sudah pun masuk ke dewan ICU. Syazwan masih lagi tidak mengerti mengapa dia dibawa ke sini. Sedang dia mahu berlalu satu suara memanggilnya lantang.
“Hilmiyyah?”
Syazwan kehairanan.
“Buat apa kat sini? Siapa sakit?”
Dia bertanya lagi. Namun, hanya tangisan Humairah yang kedengaran. Serba-salah dibuatnya.
“Syazwan..”
Akhirnya keluar jua suaranya walau satu patah perkataan. Belun sempat Hilmiyyah membuka bicara kelihatan umi dan abi Hafizah Husna berlari-lari ke arah mereka. Kebetulan, Syazwan membelakangi mereka.
“Hilmiyyah!”
Lantang suara umi Hurun mengejutkan dirinya.
“Umi? Abi?”
Dia bersuara kaget.
“Syazwan?”
Umi dan abi Hafizah Husna bersuara serentak. Masing-masing memandang ke arah masing-masing.
“Kenapa Husna tak pernah bagitau Syazwan yang dia ada tumor otak? Kenapa umi??”
Gugur jua airmatanya lelakinya.
Ya Allah, seumur hidupnya dia tidak pernah menangis untuk wanita yang bukan miliknya. Tetapi, kali ini dia kalah jua.
“Dia taknak kamu tahu Syazwan. Dia tak sanggup bagitau kamu. Sebab tuh jugak dia putuskan hubungan dengan kamu. Dia tahu masa dia dah tak lama..”
Rintih suara umi. Umi tersedu-sedan dalam dakapan abi. Abi menenangkannya. Hilmiyyah dan Kak Asrar juga hanya mampu menangis. Ujian yang menimpa Hurun Ain datang silih berganti. Mula-mula dia difitnah. Kemudian dia dipulau oleh rakan-rakannya. Diejek, dihina, dicaci. Ada suatu masa dirinya dibaling batu sehingga dahinya berdarah hanya kerana dia menegur nahi mungkar. Bukan setakat itu, dia juga pernah kehilangan tunangnya sebelum ini, terlibat dalam kemalangan saat dia hampir diijabkabulkan. Namun, dia tetap redha. Tidak ada sedikit keraguan pun yang menggoyahkan keimanannya terhadap Sang Pencipta.
“Maafkanlah dia Syazwan,”
Suara umi memecahkan lamunan. Syazwan menahan sebak. Hanya zikrullah yang bergayutan di hatinya.
Rayyan keluar dari dewan ICU. Syazwan berlari ke arahnya.
“Macam mana Rayyan?”
Ada debaran di hatinya.
“Ya Allah, selamatkanlah bidadariku,”
Mohonnya dalam hati. Rayyan mengeluh. Dia mengetap bibir. Berat untuk dia katakan, namun tugasnya untuk berterus-terang. Tapi, dia tetap percaya pada keajaiban Tuhan.
“Dia tak punya banyak masa. Actually, Hurun sepatutnya dibedah. Tapi dia taknak. Sekarang tumour tuh semakin merebak. I’m afraid kalau dia dah tak boleh diselamatkan. Stage 5. Kalau operate sekalipun harapan dia untuk hidup sangat tipis. Jadi, banyakkan bersabar dan berdoa. Dia perlukan semangat kalian,”
Entah mengapa, sakit hatinya tatkala harus meluahkan perkara yang sebenar. Dia dapat lihat wajah-wajah sayu, pucat dan lemah mereka. Namun, apakan dayanya. Dia hanyalah seorang doktor. Bukan Tuhan. Dia tiada kudrat dan upaya untuk melawan takdir. Namun, sebagai doktor Muslim, dia masih percaya pada-NYA.
Rayyan menepuk bahu sahabatnya.
“Sabar Syazwan. Berdoalah. Insha-Allah, DIA pasti mendengar doamu.”
Rayyan memeluk erat sahabatnya. Dia berusaha memberi sedikit kekuatan.
“Syazwan…”
Lembut suara Humairah memampan halwa telinganya. Dia berpaling. Ada sampul surat di tangan Humairah. Dia menyerahkan sampul itu pada Syazwan.
“Mai jumpa sampul nih dalam genggaman Hurun pagi tadi. Sampul nih terselit pada mushaf. Mai rasa surat ini untuk Syazwan..” 
Syazwan mengambil sampul itu. Semua mata tertumpu ke arahnya. Dia memandang ke arah mereka. Abi mengangguk padanya tanda dia meminta Syazwan untuk membaca isinya.
“Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar Wahai Imamku?
Apakah dirimu sihat? 
Apakah hatimu masih pada-NYA?
Wahai Syazwan Solihin, maafkan diri ini seandainya warkah ini mengganggumu. Syazwan, sesungguhnya sejuta kemaafan ku pinta darimu kerana memutuskan tali pertunangan kita. Aku tidak layak untuk bergelar zaujahmu. Aku tidak mampu untuk menjadi bidadarimu. Syazwan, seandainya dirimu membaca warkah ini, mungkin tika ini aku sudah tiada dalam dunia ini. Mungkin tika ini aku sudah pun menemui Penciptaku. Ya Syazwan. Tentu dirimu tertanya-tanya mengapa aku memutuskan ikatan antara kita. Syazwan, sesungguhnya aku tidak punya banyak waktu. Tumour otak membunuh diriku sedikit demi sedikit. Aku tidak mahu membebankanmu jika kita sudah membina BaitulMuslim kelak. Syazwan Solihin, masih ingatkah tatkala dirimu bertanya apakah aku punya orang lain di hati?
Demi Allah, tiada yang lain yang aku kasih selepas DIA, Rasulku, Orang tuaku melainkan dirimu bakal Imamku. Namun, takdir Allah tiada siapa mampu menghalang. Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk menjadi zaujah kepada sesiapapun. Aku redha. DIA lebih Mengetahui. Hanya satu pintaku. Doakanlah aku sentiasa. Usah lupakan aku. Maafkanlah diri ini. InshaAllah, aku doakan agar dirimu menjadi Imam kepada bidadari yang selama ini kau impi-impikan. Jadikanlah dia wanita syurga. Semoga berbahagia. Kenang aku dalam doamu.
Yang Mengasihimu,
Hurun Ain.
*kalung tasbih ini ku hadiahkan padamu tanda cinta-NYA sentiasa bertasbih
Usai membaca, airmatanya menitis lagi. Allah! Kuatkanlah hati-hati ini Ya Allah! Humairah dan Kak Asrar tersedu-sedan. Rayyan juga mengalirkan airmata. Syahdu mendengar kisah percintaan sahabat yang berkasih sayang kerana-NYA. Betapa tabah dan pasrah hati dua insan yang benar-benar tauhid kepada-NYA.
Syazwan menguatkan hatinya. Dia bingkas bangun.
“Syazwan nak solat,”
Tanpa berpaling sedikit pun, dia mengatur langkahnya ke arah musolla sambil mengenggam erat kalung tasbih pemberian bidadari yang dikasihinya.
Dalam sujudnya yang terakhir, dia memohon kepada Sang Ilahi agar memberinya peluang dan kesempatan untuk membahagiakan bidadarinya. Dalam sujudnya yang terakhir, dia memohon kekuatan dari-NYA. Dalam sujudnya yang terakhir, dia memohon agar Tuhan menunjukkan keajaiban-NYA. Dalam sujudnya yang terakhir, dia redha. Dia pasrah. Dia menyerah. Hanya DIA Tuhan Yang Berhak Disembah. Tiada kekuatan lain selain dari-NYA. Dia bersujud dan menyerah diri sepenuhnya. Andai ini takdirnya, andai ini jalan cerita hidupnya dia pasrah. Dia tahu Allah adalah sebaik-baik perancang. Akhirnya airmata keimanannya gugur jua di hamparan sejadah cinta-NYA. Usai memberi salam, dia bertasbih dan berzikir. Airmatanya tidak henti-henti mengalir.
Ya, dia lelaki. Dan dia lemah. Kerana tiada manusia biasa. Dan dia tidak mampu menandingi kekuatan Illahnya. Kalung tasbih dibilangnya. Entah berapa lama dia di situ. Dia khayal dalam dunianya. Mulutnya terkumat-kamit berzikir dan akhirnya kalung tasbih itu berderai putus. Matanya dicelikkan. Begitu sakit dan sebak dadanya.
“Ya Allah, inikah takdirku?”
Kalung tasbih yang terputus dikutipnya. Dia cuba untunk bertenang. Dia merenung butir-butir tasbih yang sudah terurai.
Dia keluar dari musolla.
“Syazwan..”
Humaira kelihatan gembira bersertakan air mata..
Tiada ekspresi di wajahnya. Umi, abi, Kak Asrar dan Humairah, semuanya menangis.
“Mana Rayyan?”
Tanyanya lemah.
Akhirnya Rayyan keluar dari dewan ICU dengan separuh kegembiraan.
** bersambung **

No comments:

Post a Comment