Monday 24 March 2014

Cerpen 5: Senyum Manis Buat Isteri♥



24Mac2014
alt“Syukur pada Allah kini kau telah sah menjadi isteriku,” bibit kata luahan hati Afif Hakimi pada Aleya Batrisya isteri kekasih hatinya sewaktu mereka berbulan madu ke Korea.
Afif pada masa itu berusia 23 tahun dan Aleya pada ketika itu baru berusia 18 tahun, tertunduk malu biar pun hatinya sayu dengan kesungguhan serta keiklasan Afif memperisterikan dirinya yang baru selesai menduduki peperiksaan SPM.
“Abang Afif… bagaimana cara mempersiapkan diri untuk memiliki kebahagiaan dalam perkahwinan dan bagaimana caranya menjaga pernikahan itu?” tanya Aleya pada Afif merenung tepat di matanya.
Afif terdiam sesaat ketika pertanyaan itu terucap dari mulut isteri kesayangannya.
“Wahai sayangku… perkahwinan itu sebenarnya untuk melatih mempersiapkan dirimu… melatih dirimu untuk dapat mengawal diri terhadap keinginan-keinginanmu yang bebas dan mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat.”
Aleya hanya terdiam sesekali Afif melihat wajah ayu Aleya seakan ingin lebih mengetahui lalu Aleya lantas memeluk rapat ke dada Afif terdengar degupan jantung suaminya seakan memberikan semangat buat hatinya.
“Sayang… perkahwinan itu melatih dirimu untuk bertanggungjawab… melatih dirimu untuk dapat bertanggungjawab terhadap apa yang kamu miliki kini.”
Pelukan Aleya semakin erat di dada Afif seakan tidak mahu melepaskannya… sambil Afif memeluk pinggang Aleya, lalu Afif merenung jauh ke dalam sudut hati isterinya yang tersayang.
“Wahai permata hatiku Aleya Batrisya… perkahwinan itu melatih dirimu untuk dapat “memberi dan menerima.”
Memberi yang terbaik dari yang kamu miliki dan menerima apa adanya yang akan kamu miliki…!”
Terdengar esakan tangisan Aleya dalam pelukan Afif… terasa dihati Aleya keiklasan suaminya yang selama ini sebenarnya bukan pilihan hatinya kerana terpaksa menerima Afif sebagai suami kerana ingin menutup malu pada diri Aleya. Dia sudah terlanjur dan sudah berbadan dua hasil ketelanjurannya dengan bekas kekasihnya yang terus meninggalkannya, namun kehadiran Afif membuka lembaran baru buat hidupnya.
“Wahai Isteri ku dunia dan di akhirat… perkahwinan itu melatih dirimu untuk mendengar dan berbicara… mendengarkan keluhan dan kebahagiaan pasanganmu dan berbicara tentang kebahagiaanmu dan berbicara dengan baik pula tentang keluhanmu.”
Wajah Aleya sayu apabila melihat wajah Afif yang terlalu ikhlas menerimanya sedangkan Afif tahu Aleya tidak suci lagi… terlalu banyak mutiara berharga berguguran di dada Afif itu yang menyejukkan hati seorang lelaki kerana setiap manusia tidak berjalan di dunia ini dengan sempurna selagi dia tidak pernah terjatuh, lalu bagun menyesali penuh keinsafan.
“Aleya sayangku sayang… perkahwinan itu melatih dirimu untuk mengerti dan dimengertikan… mengerti tentang pasanganmu dan dimengertikan oleh pasanganmu itu…!”
“Masih banyak lagi wahai sayangku, tetapi apabila dirimu mampu melaksanakan itu, itu sudah lebih baik,” kata Afif diiringi senyum manis pada Aleya.
“Adakah Aleya boleh melaksanakan semua itu semua abang? Kerana saat ini Aleya belum boleh belajar dan berlatih tentang itu,” kata Aleya dengan ragu-ragu.
“Sayang tidak perlu belajar dan berlatih terlebih dahulu untuk menjalani kehidupan di alam perkahwinan. Kerana pernikahan itu sendiri adalah tempat dirimu belajar dan berlatih, untuk dapat mengendalikan dirimu, melatih rasa tanggungjawab, melatih kemampuan menerima dan memberi, mengerti dan dimengertikan oleh pasangamu, serta melatih kemampuanmu untuk mendengar dan berbicara menerima seadanya kini; bukan kisah yang telah berlalu…!”


-copy : I Luv Islam

No comments:

Post a Comment