15Mac2014
Wardah duduk di halaman rumahnya sambil membaca buku novel yang sempat dibelinya ketika pesta buku di Angsana kelmarinwardah menutup buku novelnya, dan ditanda dengan penanda buku yang cantik. wardah memandang wajah ayahnya yang sentiasa tenang dan terus tersenyum.
" iya abah" balas Wardah.
" abah nak cakap sesuatu dengan Wardah..." ujar Ustaz Shauki
" apa dia abah? cakaplah" balas Wardah. pasti ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh ayahnya itu.
" Wardah dah ada kenalan hati ke?" soal Ustaz Shauki. wardah emmandang tepat wajah ayahnya. jantungnya berdegup kencang. secara serta merta, dia teringatkan Akh Fateh.
lelaki yang telah mencuri hatinya suatu ketika dahulu. namun kini lelalki itu telah pun menikah. dan dia tidak lagi meletakkan hatinya kepada sesiapa.
" tiada abah..." balas Wardah perlaham. dia menunduk.
" beberapa minggu yang lepas. ada seseorang datang berjumpa abah di masjid..." Ustaz Shauki membuka cerita. ia menarik perhatian Wardah.
" dia ingin melamar kamu.." sambung Ustaz Shauki.
" bagaimana dia boleh kenal Wardah?" soal Wardah.
" dia kata kenalan lama kamu..." balas Ustaz Shauki. wardah mengimbas kembali kenalan lamanya. siapakah lelaki itu?
" siapa nama dia, abah?" soal Wardah. memang itulah yang selayaknya dia utarakan.
" muhammad..." jawab Ustaz Shauki.
" muhammad? wardah rasa wardah tak ada kenalan yang namanya muhammad, abah" balas Wardah. dia cuba mengingati kembali. namun, dia pasti tiada kenalan lamanya yang bernama muhammad.
" itulah yang dikatakannya pada abah... insyaAllah dia akan datang ke rumah kita untuk bertaaruf dengan kamu" balas abah. wardah mengangkat mukanya. dia tidak pasti dengan apa yang dia dengar
" bila abah?" soal Wardah.
" insyaAllah, malam ini. lepas isya. jadi abah harap kamu tidak ke mana-mana?" pinta Ustaz Shauki. wardah menunduk. tangannya menjadi sejuk. getaran itu tidak sama seperti getaran sewaktu mengambil keputusan SPM. malam getaran ini adalah amat menakutkan.
" abah tidak memaksa kamu untuk menerima. kamu lihatlah dia. dan buatlah solat sunat istikharah. Allah lebih tahu siapa yang layak buat kamu" nasihat abah.
" abah suka dengan Muhammad itu?" soal Wardah.
" kalau ditanya pada abah, abah minat dengan sikapnya. abah yakin insyaAllah dia dapat membimbing kamu" balas Ustaz Shauki. dia senyum.
" abah, apa sahaja pilihan abah, Wardah terima" jawab Wardah.
" YA ALLAH, sebelum ini, wardah dah jumpa seorang lelaki yang soleh. namun hati ini diduga dengan perkahwinannya dengan sahabat wardah sendiri. wardah redha Ya Allah. kerana wardah yakin Engkau telah pun menetapkan yang terbaik buat Wardah..." doanya setelah usai menunaikan solat Isya'.
" Wardah..." pintu biliknya diketuk.
" iya emak" balas Wardah.
" ada tetamu di depan. wardah tolong hantarkan minuman ke depan" ujar ibunya.
tahulah dia bahawa lelaki yang ingin bertaaruf dengannya telah tiba.
" iya emak..." getaran di hatinya semakin menjadi-jadi. dia menjadi gugup. dia menyarung tudung berwarna biru muda yang agak labuh. dikenakan juga stokin di kaki.
wardah keluar dari bilik dan terus meluru ke dapur. dia mendekati ibunya.
" wardah, kamu bawa air ya. biar emak bawa kuih-muih ni" jelas ibunya. namun wardah masih terpaku di situ.
" wardah, kamu kenapa?" soal ibunya apabila melihatkan anaknya masih terpaku di situ.
" emak, wardah takut.." jelas wardah
" wardah... emak tahu kamu gementar. emak akan teman kamu. kamu jangan nampakkan gugup kamu. banyakkan berselawat. dia hanya mahu bertaaruf dengan kamu" pujuk ibunya dengan lembut. wardah akur. dia mengikuti ibunya dari belakang memasuki ruang tamu.
wardah hanya menunduk. dia tidak mampu mengangkat wajahnya. dia terlalu malu untuk menatap ahli keluarga yang datang untuk melihatnya. dia melutut di hadapan meja kecil. diletakkan gelas-gelas yang telah berisi air dengan cermat.
setelah selesai, dia menyalami tetamu wanita yang ada. wanita itu senyum kepadanya. dia hanya membalas senyuman tersebut biarpun dapat dirasakan gugup yang amat ketara. dia meminta izin untuk ke dapur.
" Wrdah, duduklah sini..." panggil Ustaz Shauki. wardah akur biarpun hatinya berteriak tidak mahu. wardah duduk di samping ibunya. dia masih lagi menunduk.
" wardah, ini keluarga muhammad, yang datang ingin bertemu kamu" ujar Ustaz Shauki dengan lembut. wardah cuba mengangkat muka lalu menghadiahkan senyuman yang manis.
" Wardah tak kenal dengan anak mak cik ke?" soal wanita yang disalaminya tadi. wanita itu duduk di sebelah wardah. dia memegang tangan anak gadis itu. sejuk! wardah melihat wajah wanita di sebelahnya. dia menggeleng.
" Wardah, kenal Thaqif?" kali ini satu suara menyapa telinganya. wardah tersentak tatkala mendengar nama itu. nama yang pernah berada di dalam hatinya sewaktu dia berada dalam tingkatan 5. jantungnya berdegup kencang. dia mengangkat wajahnya perlahan, memandang lelaki yang berwajah bersih. rambutnya tersisir rapi. wajahnya nampak matang.
wajah itu yang dahulunya pernah menambat hatinya. wajah itu yang dihiasi dengan segala sifat-sifat yang mengaguminya. dia kembali menunduk. hatinya menjadi hiba.
" Thaqif teringatkan kata-kata ustazah Maryam. sebelum kita berkahwin, kita kena bertaaruf dulu. jadi disebabkan itu, Thaqif datang dengan keluarga Thaqif" lelaki itu masih mampu berjenaka dalam saat itu. wardah tertawa kecil.
" haa, baru dapat dengar suara dia" ujar ibu Thaqif. wardah hanya tersenyum kecil.
" YA ALLAH, SELAMA INI WARDAH SERING MENGATAKAN LA BAKSA YA ALLAH, TATKALA ENGKAU MENARIK INSAN YANG WARDAH SAYANG, TETAPI KINI WARDAH MENGUCAPKAN SYUKRAN YA ALLAH, KERANA ENGKAU MENDATANGKAN SATU CINTA YANG PERNAH WARDAH SIMPAN DAHULU"
No comments:
Post a Comment