Monday 24 March 2014

Cerpen 6: Demi Cinta-NYA (Part-2)








24Mac2014
Hafizah Husna dapat mendengar suara tangisan seseorang. Ya! Dia kenal suara itu! Suara sahabatnya Hilmiyyah!
“Hilmiyyah!”
Dia menjerit. Namun, hanya sendu Hilmiyyah yang dia dengari. Asing. Aneh yang dia rasakan.
“Ya Allah, apakah ini?”
Dia terduduk. Rawan hatinya mendengar tangisan sahabatnya.
Kepalanya kembali sakit. Dia memegang kepalanya yang memberat. Kesakitan yang dialami mrmbuatakan dirinya berpeluh.
“Bangun Ya Hafizah Husna! Bangun dengan nama Tuhan-Mu!”
Sebaik sahaja mendengar suara lantang yang menegurnya lantas dia bertekad. Kakinya digagahkan untuk bangun.
“Ya Allah, dengan nama-Mu Ya Allah, Bismillahirrahmanirrahim! Allahuakbar!”
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Serta-merta dia membukakan matanya.
“Husna! Husna dah sedar! Masha-Allah! Alhamdulillah! Doktor! Husna dah sedar!”
Hilmiyyah berlari mendapatkan doktor. Hafizah Husna masih lagi kaget tidak mengerti. Kepalanya masih lagi memberat.
“Ya Allah, apa yang dah berlaku?”
Kelihatan doktor, jururawat dan sahabatnya Hilmiyyah berlari ke arahnya. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Minda serta tubuhnya lemah.
“Alhamdulillah, she is conscious now. All praise to Allah,”
Doktor muda tersebut tersenyum lega.
“Alhamdulillah, thank you so much Doktor Rayyan,”
Humairah menyatakan ucapan terima kasihnya.
“Don’t mention it. It’s my duty. Lahawlawaquwwataillabillah. Ini semua kuasa-NYA.
Hurun, cepat sembuh. Saya pergi dulu,”
Dia tersenyum ke arah Husna dan menundukkan sedikit kepala kepada Hilmiyyah tanda dia minta diri. Hilmiyyah mengangguk.
“Alhamdulillah, awak dah sedar,”
Hilmiyyah memeluk erat tubuhnya. Dia tersenyum.
“Hilmiyyah, air..”
Dia dahaga. Ya, dahaga dan letih.
Hilmiyyah cepat-cepat menghulurkan air padanya.
“Alhamdulillah,”
Menitis airmatanya. Subhanallah, tiba-tiba sahaja dia rasa sayu. Dia masih bernafas. Dia masih menikmati pemberian Allah padanya.
“Hilmiyyah baru khabarkan pada umi dan abi Husna yang Husna masuk wad. InshaAllah pagi esok diorang sampai. Maafkan Hilmiyyah ya sebab bagitau diorang? Diorang kena tahu keadaan Husna,”
Ada nada bersalah pada suara itu.
“Tidak mengapalah Hilmiyyah. Husna tak kisah,”
Dia meraih tangan sahabatnya. Cuba untuk tersenyum.
“Husna, boleh Hilmiyyah bertanya?”
Hilmiyyah takut-takut memulakan bicara.
“Apa dia?”
Dia melihat wajah serba-salah sahabatnya itu.
“Hilmiyyah, takpe..”
Dia menggenggam tangan sahabatnya cuba untuk mententeramkan jiwa sahabatnya. Hilmiyyah menarik nafas.
“Tadi, waktu Husna belum sedar, Hilmiyyah dengar Husna jerit jangan pergi. Kenapa? Husna mimpikah?”
Dia terdiam. Lama. Hilmiyyah masih menanti jawapan darinya. Dia sendiri tidak faham sebenarnya.
“Kalau Husna tak nak cerita takpe. Hilmiyyah faham,”
Hilmiyyahh menghadiahkan senyuman padanya. Dia tersenyum tawar. Sebenarnya dia memang berhajat untuk bercerita pada sahabatnya. Dan akhirnya, dia bercerita jua.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Imbas kembali kisahnya membuat dia menangis lagi. Kesakitan masih terasa. Dia menggagahkan diri untuk mengambil ubat di almarinya, namun hampa. Ubatnya sudah habis. Akhirnya dia bertahan hanya dengan zikir kepada Sang Khaliq. Hanya itu kekuatannya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
“Assolatukhoirumminnannaum..”
Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia meraup wajah bersihnya.
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’dama amatana wailahikunnusyur..”
Dia memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk hidup di atas dunia ini sebagai khalifah-NYA. Tanpa membuang masa dia ke bilik air, membersihkan diri dan berserah diri pada Sang Ilahi.
“Assalamualaikum Syazwan! Kaifahaluk?”
“Waalaikumussalam warahmatullah. Masha-Allah! Sahabat ana! Rayyan! Alhamdulillah, ana bikhoir! Subhanallah! Lamanya tak bertemu!”
Takdir Allah itu menemukan dua sahabat yang sudak sekian lama terpisah. Mereka saling bersalaman dan berpelukan.
“Tak sangka boleh berjumpa di rumah Allah ini ya?”
Rayyan ketawa kecil. Syazwan turut ketawa. Indah sungguh rencana Allah. Dia memang merindui sahabat karibnya itu.
“Eh? Jomlah ke warung. Kita sarapan sama-sama kat sana. Bolehlah borak lama-lama,”
Pelawaan Rayyan tidak ditolak. Mungkin inilah satu-satunya kesempatannya untuk berbicara panjang dan bertanya khabar dengan sahabatnya.
“Kau kerja kat mana sekarang?”
Rayyan tersenyum mendengar soalan sahabatnya.
“Hospital Ampang Puteri,”
Syazwan tersenyum. Sudah jadi doktor rupanya sahabatnya itu. Memang lama mereka tidak berjumpa.
“Kau?”
Giliran Rayyan pula bertanya.
“Aku jadi pensyarah kat IIUM. Alhamdulillah. Rezeki kat sana,”
Dia tersenyum. Rayyan turut tersenyum.
“Dah kahwin ke?”
Syazwan mengenyitkan matanya ke arah Rayyan. Rayyan tergelak kecil.
“Belum sampai seru. Ada jodoh, adalah. Kau pulak? Hari tuh aku ada jumpa Rizal. Katanya kau dah nak kahwin eh? Tahniah! Jangan lupa jemput aku pulak!”
Rayyan tergelak kecil. Dia menepuk-nepuk bahu sahabatnya. Namun, Syazwan tidak berekspresi. Rayyan mula rasa tidak sedap hati.
“Aik? Aku salah cakap ke?”
Dia bermonolog dalam hati. Syazwan masih lagi melayani perasaannya. Dia terlupa Rayyan sedang berada di hadapannya. Dia asyik dalam khayalannya.
“Syazwan,”
Rayyan menepuk bahu Syazwan. Dia kembali ke dunia nyata.
“Huh?”
Dia terpinga-pinga. Rayyan mengecilkan matanya. Ada sesuatu yang dia kesan.
“Kau nih kenapa? Ada masalah? Kalau ada cerita kat aku. Takkan dengan aku pun kau nak rahsia?”
Dia tahu Syazwan dalam masalah. Hampir 26tahun dia bersahabat dengan Syazwan. Mana mungkin dia tidak mengenali sahabatnya itu. Syazwan menghembuskan nafas.
“Kita makan dulu. Nanti aku cerita.”
Usai sarapan, Rayyan mendesaknya untuk bercerita. Mahu tidak mahu dia terpaksa mengalah. Dia redha, namun sebagai manusia biasa dia juga perlukan teman untuk berbicara. Akhirnya cerita itu terlafaz jua.
“Hafizah Husna? Aku rasa macam aku pernah dengar aja nama tuh. Tapi kat mana eh?”
Rayyan cuba mengigati namun hampa. Syazwan kehairanan.
“Kau ada gambar dia tak?”
Rayyan makin bersemangat. Dia yakin dia kenal gadis itu. Entah kenapa dia bersemangat untuk ambil tahu. Syazwan semakin hairan. Tapi, dia mengalah jua. Dia mengeluarkan dompetnya. Sekeping foto dikeluarkan dan disua pada sahabatnya.
** bersambung **

No comments:

Post a Comment