Sunday, 30 November 2014

Belajar Kerana Allah?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

30/11/2012, Ahad, 7/Safar/1436H
Antara persoalan yang seringkali bermain dalam fikiran sebahagian para penuntut ilmu ialah, “Apakah tujuan aku menuntut ilmu? Katanya niat dan tujuan kena ikhas, belajar kerana Allah".  Namun, ramai juga yang hanya ‘pandai’ menyebut ungkapan “Belajar kerana Allah” tanpa memahami maksud dan konsep yang sebenarnya.
Ayat standard yang mungkin biasa dengar: “Kita menuntut ilmu adalah untuk dipratikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan kita di dunia yg sementara ini, bagi menggapai redha Allah Ta’ala
Bagi menghuraikan secara ringkas penyataan ini, ingin ditekankan di sini, ya, memang segulung "ijazah" yang dikejar itu secara zahirnya kita gunakannya sebagai tiket untuk mendapat kerja.
Dalam konteks yang lebih luas, dengan pekerjaan itu, selain kita dapat berbakti kepada masyarakat dalam bidang itu, kita mendapat sumber pendapatan yang digunakan untuk menyara keluarga, membesarkan anak-anak, menyumbang untuk pembangunan Islam dan lain-lain, semuanya mengharap akan redha Allah dan ganjaran daripadaNya sebagai bekalan untuk hari Akhirat. Pendek kata, belajar kerana Allah.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
وابتغ فيما آتاك الله الدار الآخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا
Maksudnya “Dan carilah apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu (kebaikan untuk) negeri akhirat(kehidupan akhirat kelak), jangan lupakan bahagianmu (untuk kehidupanmu) di dunia.” – Surah Al-Qasas, ayat 77
Dapat kita fahami di sini, akhirat itu sebagai tujuan utama kita. Segala perbuatan dan aktiviti kita di dunia ini hendaklah berpaksikan akhirat. Kita belajar, bekerja, berkahwin dan lain-lain, semuanya tidak dapat tidak dilakukan dengan tujuan mendapat redha Allah, demi kebahagiaan kita di akhirat kelak.
Kedua, berkenaan peperiksaan atau ujian atau quiz. Kita memang perlu mengulangkaji pelajaran menjelang peperiksaan, namun bukanlah kita menuntut ilmu itu berorentasikan peperiksan. Pendek kata, kita bukan jadi exam-oriented student! Apabila nak exams, sibuk study, habis exams, buang habis buku, nota, dijual sehingga lupa banyak ilmu yang dipelajari begitu sahaja.
Ok.. Apa tujuan peperiksaan? Bukan nak tentukan siapa bijak, siapa kurang bijak, siapa hebat, siapa tak hebat. Tidak! Ia sebenarnya bertujuan menguji sejauh mana kefahaman ilmu yang kita belajar, selain mengukur disiplin, kemahuan dan sikap kita.
Oleh sebab itu, peperiksaan bukanlah segala-galanya. Dalam erti kata lain, adalah silap bagi sebahagian orang yang terburu-buru dalam menilai orang lain hanya atas ukuran keputusan peperiksaan, CGPA, bilangan A’s dan sebagainya. Pencapaian akademik boleh jadi salah satu ukuran tetapi ia bukanlah segalanya. Kita perlu melihat dan menilai manusia dalam kerangka yang lebih luas.

By;  F  L W R S  // 29699

No comments:

Post a Comment