Saturday, 25 October 2014

Tazkirah Zuhur. 😊


26/10/2014

Tazkirah 
"Ouch!"
 
Kakiku terpijak kaca. 
 
Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.
 
Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
  
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.
 
"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."
 
Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
 
"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
 
Kau nak dengar?"
 
Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
 
"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
 
Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
 
Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
 
Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
 
Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 
 
Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."
 
Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
 
"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 
 
Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
 
Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.
 
Bila Allah sayang seseorang hamba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
 
Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." ..        
 
Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.
 
"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 
 
Pasti ada saat kau terlupakan Dia.
 
Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"
 
Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.
 
"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."
 
Kawanku menepuk-nepuk bahuku.
 
"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..
 
Aku tunduk mengalah.
 
Malu semalu. Malunya ..
   [moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan]
26/10/2014

*

No comments:

Post a Comment